Alhamdulillah diberi kesempatan berada di Kuantan, Pahang pada 3 dan 4 Oktober 2013 baru-baru ini, sempena persidangan International Economic & Business Management Conference (IEBMC 2013) yang dianjurkan oleh College of Business Management & Accounting, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan.
Dalam persidangan ini, saya telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Determinants for Supply Chain Agility Practices: An Empirical Study on Malaysian Electrical and Electronics (E&E) firms". Penulisan kertas kerja ini adalah bersama dengan supervisor/penyelia sarjana saya di USM, Professor Dr Suhaiza Zailani yang sekarang telah berkhidmat di UM. Secara ringkasnya, kertas kerja ini bertitik tolak daripada isu-isu yang berkaitan dgn masalah tindak balas industri (E&E) terhadap persekitaran yang semakin tidak menentu (uncertainty). Akhirnya, kertas kerja ini mula mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tindak balas yang kurang fleksibel dan dinamik yang berkaitan dgn E&E industri. Alhamdulillah, dengan izinNya, kertas kerja ini terpilih sebagai salah satu daripada 4 kategori 'Best Award Papers' bagi persidangan kali ini. Insya Allah, ini merupakan batu loncatan bagi saya untuk lebih berusaha menulis kertas kerja yang terbaik & berkualiti pada masa hadapan..amin
No comments:
Post a Comment