Tuesday, August 26, 2014

PhD - Hanya Anda Sahaja Memiliki Keistimewaan Ini

Doing research is a training for you to do your future work without somebody asking you to do so.

Perkongsian dari sifu, Dr OT,

Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan ini... satu perkara yang jika anda capai akan mengubah hidup anda SECARA SIGNIFIKAN….berterusan dan maybe secara “drastic”.

Paling istimewa…. hanya anda sahaja yang boleh mencapainya sedang orang lain hanya melihat dari jauh dan dari kejauhan….penuh envy dan maybe sedikit jeles!

Apakah dia agaknya?

Tak tahu?

Masakan anda tidak tahu.... itulah PhD !!

Kenapa plak?

Tanyakah kawan2 yang anda yang spt hilang punca…. tertekan…. takut…. resah dan gelisah…. spt kelam semuanya dihadapan…..bukan sehari dua... bukan sebulan dua tetapi bertahun....

Sebaik sahaja lulus VIVA… maka semuanya itu spt fatamorgana sahaja…spt mimpi semalam.....mulai beransur hilang !!

Dan sebaik sahaja anda mendapat surat senat menyatakan anda layak bergraduate…. dgn mendapat ijazah kedoktoran.... maka fatamorgana yang beransur hilang tadi … bertukar menjadi kegembiraan yang tidak terucap…. kelegaan yang tidak bertepi…. maka bermulalah satu episod baru dalam hidup anda….. dan hidup anda serta merta berubah ! Secara tiba-tiba anda tidak lagi di panggil Puan Fazrina, En. Faez sebaliknya Dr. Faz dan Dr. Faez...!!

Anda akan melalui episod transformasi… jika anda menjadi pensyarah….dan penyelidik di mana sahaja…. kajian anda kini hanya dibatasi langit dan bumi sahaja. Berkaryalah…. menyumbanglah…. dan berikanlah bimbingan kepada yang masih bergelar calon PhD….

Percayalah…. PhD akan mengubah hidup anda dgn perubahan yang mungkin tidak anda mimpikan selama ini…GO FOR IT !!

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. PhD bukan matlamat, tapi satu tiket utk perjalanan yang akan mengubah hidup anda… dari pengikut kpd pemimpin… dari pelajar kepada pengajar … dari menerima kepada memberi…

Transformasi adalah satu perkataan yang berat. Menghasilkan filem 2D ke 3D satu transformasi. Mencetak buku teks ke penghasilan courseware satu transformasi. Menjadi penyabar dan pemaaf dari seorang yang pemarah juga satu transformasi. Dari undergrad ke postgrad memerlukan transformasi... dari first degree ke master ke PhD.... sudah pasti memerlukan transformasi diri !

Salah satu tranformasi adalah “membuat pilihan” yang memungkinkan berlaku atau tidaknya transformasi tersebut.

Hanya anda sahaja yang memiliki keistimewaan tersebut… bukan SV atau aku atau orang lain !!

Maybe beberapa contoh mudah ini boleh menjelaskan maksud aku.

Terdapat peserta bengkel aku yang datang ke bengkel kali kedua kerana tidak dapat menguasai apa yang diajar kali pertama. Dalam masa yang sama. terdapat peserta dari bengkel yang sama, yang bukan sahaja menguasai apa yang diajar malah boleh pulak mengajar !

Apa perbezaan mereka ini?

Inilah pilihan. Ada peserta yang membuat pilihan utk tidak praktiskan apa yang diajar sebaik sahaja selesai bengkel. Mereka pilih utk relex brother relex...biarkan dulu masa berlalu, memilih untuk menyatakan “ini susah, itu susah’ sedang hal yang sama tidak berlaku kepada peserta lain, malah peserta lain tersebut memilih utk mengambil inisiatif terus mencuba dan mencuba maka sekali menguasai mereka akan terus menguasainya !

Aku juga terima bbrp PM yang panjang lebar bertanya kaedah persampelan X yang mereka gunakan. Bila aku kata yang mereka gunakan itu salah, lantas mereka panic… Bila aku kata, apa yang mereka buat tersebut adalah teknik Y… maka bertambah panic lagi…. Lalu merayu meminta penjelasan demi penjelasan… demi penjelasan…. Persis kanak-kanak merengek bila mendengar motosikal aiscream dengan lagu “Mat Kool” lalu depan rumah !

Come on bro….Ini bukan pilihan utk membuat pembedahan atau tidak yang melibatkan kepakaran dan nyawa orang lain…. tetapi hanya melibatkan pemilihan mudah…. Memilih utk menguasai sesuatu yang mudah dan asas.... yang dapat dikuasai oleh sesiapa sahaja… memilih untuk membaca sekali, dua kali, hatta 10 kali tentang teknik persampelan dari beberapa sumber (on atau off line) bukan terus buat slamber.... sambil mengeluh kenapa semuanya susah belaka?

Minta maaf….. bila ada yang PM …. Apa beza SPSS dgn Mendeley? ATLAS.ti tu peta ker - apa kena mengena dgn PhD ? Jika sekadar nak tahu apa itu Mendeley atau ATLAS.ti pun malas nak “google” ...Lu fikirlah sendiri tahap transformasi mereka ini !!

Lihat apa yang berlaku antara jam 7 – 8 am setiap hujung minggu. Jika ada 100 orang, hanya 5 orang memilih utk berjogging, memilih utk membuat senaman…. sedang 95 lagi memilih utk sambung tidur…. memilih utk tidak berbuat apa2…. dan kemudian pura2 panic bila cholesterol mencanak naik, sedang kesihatan semakin menurun !

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. Mulakan dgn membuat pilihan yang membawa kepada transformasi tersebut. Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan membuat pemilihan bagi diri sendiri…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...