Sunday, December 7, 2014

Bengkel Sehari Smart PLS oleh Dr Sobhi Ishak

 
 Bergambar bersama Dr. Sobhi Ishak (speaker bengkel SmartPLS)

salah satu contoh SmartPLS hand-on exercise semasa bengkel


Thursday, November 20, 2014

Alhamdulillah, Persidangan SICSSAM @ Seoul Diterima


Alhamdulillah, paper saya yang bertajuk "The Impact of Supply Chain Risk on Agility Practices: A Theoretical Review and a Critique" diterima untuk dibentangkan di Persidangan Seoul International Conference on Social Sciences and Management (SICSSAM 2015) bertempat di Seoul, Korea Selatan pada 8-10 Januari 2015. Doakan semuanya berjalan lancar. Insya Allah.

Monday, September 1, 2014

MindMaple Software

MindMaple® will increase your productivity and creativity by visually organizing your ideas
and thoughts onto a mind map. MindMaple® is perfect for project managing, concept mapping, brainstorming and task scheduling.




Tuesday, August 26, 2014

PhD - Hanya Anda Sahaja Memiliki Keistimewaan Ini

Doing research is a training for you to do your future work without somebody asking you to do so.

Perkongsian dari sifu, Dr OT,

Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan ini... satu perkara yang jika anda capai akan mengubah hidup anda SECARA SIGNIFIKAN….berterusan dan maybe secara “drastic”.

Paling istimewa…. hanya anda sahaja yang boleh mencapainya sedang orang lain hanya melihat dari jauh dan dari kejauhan….penuh envy dan maybe sedikit jeles!

Apakah dia agaknya?

Tak tahu?

Masakan anda tidak tahu.... itulah PhD !!

Kenapa plak?

Tanyakah kawan2 yang anda yang spt hilang punca…. tertekan…. takut…. resah dan gelisah…. spt kelam semuanya dihadapan…..bukan sehari dua... bukan sebulan dua tetapi bertahun....

Sebaik sahaja lulus VIVA… maka semuanya itu spt fatamorgana sahaja…spt mimpi semalam.....mulai beransur hilang !!

Dan sebaik sahaja anda mendapat surat senat menyatakan anda layak bergraduate…. dgn mendapat ijazah kedoktoran.... maka fatamorgana yang beransur hilang tadi … bertukar menjadi kegembiraan yang tidak terucap…. kelegaan yang tidak bertepi…. maka bermulalah satu episod baru dalam hidup anda….. dan hidup anda serta merta berubah ! Secara tiba-tiba anda tidak lagi di panggil Puan Fazrina, En. Faez sebaliknya Dr. Faz dan Dr. Faez...!!

Anda akan melalui episod transformasi… jika anda menjadi pensyarah….dan penyelidik di mana sahaja…. kajian anda kini hanya dibatasi langit dan bumi sahaja. Berkaryalah…. menyumbanglah…. dan berikanlah bimbingan kepada yang masih bergelar calon PhD….

Percayalah…. PhD akan mengubah hidup anda dgn perubahan yang mungkin tidak anda mimpikan selama ini…GO FOR IT !!

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. PhD bukan matlamat, tapi satu tiket utk perjalanan yang akan mengubah hidup anda… dari pengikut kpd pemimpin… dari pelajar kepada pengajar … dari menerima kepada memberi…

Transformasi adalah satu perkataan yang berat. Menghasilkan filem 2D ke 3D satu transformasi. Mencetak buku teks ke penghasilan courseware satu transformasi. Menjadi penyabar dan pemaaf dari seorang yang pemarah juga satu transformasi. Dari undergrad ke postgrad memerlukan transformasi... dari first degree ke master ke PhD.... sudah pasti memerlukan transformasi diri !

Salah satu tranformasi adalah “membuat pilihan” yang memungkinkan berlaku atau tidaknya transformasi tersebut.

Hanya anda sahaja yang memiliki keistimewaan tersebut… bukan SV atau aku atau orang lain !!

Maybe beberapa contoh mudah ini boleh menjelaskan maksud aku.

Terdapat peserta bengkel aku yang datang ke bengkel kali kedua kerana tidak dapat menguasai apa yang diajar kali pertama. Dalam masa yang sama. terdapat peserta dari bengkel yang sama, yang bukan sahaja menguasai apa yang diajar malah boleh pulak mengajar !

Apa perbezaan mereka ini?

Inilah pilihan. Ada peserta yang membuat pilihan utk tidak praktiskan apa yang diajar sebaik sahaja selesai bengkel. Mereka pilih utk relex brother relex...biarkan dulu masa berlalu, memilih untuk menyatakan “ini susah, itu susah’ sedang hal yang sama tidak berlaku kepada peserta lain, malah peserta lain tersebut memilih utk mengambil inisiatif terus mencuba dan mencuba maka sekali menguasai mereka akan terus menguasainya !

Aku juga terima bbrp PM yang panjang lebar bertanya kaedah persampelan X yang mereka gunakan. Bila aku kata yang mereka gunakan itu salah, lantas mereka panic… Bila aku kata, apa yang mereka buat tersebut adalah teknik Y… maka bertambah panic lagi…. Lalu merayu meminta penjelasan demi penjelasan… demi penjelasan…. Persis kanak-kanak merengek bila mendengar motosikal aiscream dengan lagu “Mat Kool” lalu depan rumah !

Come on bro….Ini bukan pilihan utk membuat pembedahan atau tidak yang melibatkan kepakaran dan nyawa orang lain…. tetapi hanya melibatkan pemilihan mudah…. Memilih utk menguasai sesuatu yang mudah dan asas.... yang dapat dikuasai oleh sesiapa sahaja… memilih untuk membaca sekali, dua kali, hatta 10 kali tentang teknik persampelan dari beberapa sumber (on atau off line) bukan terus buat slamber.... sambil mengeluh kenapa semuanya susah belaka?

Minta maaf….. bila ada yang PM …. Apa beza SPSS dgn Mendeley? ATLAS.ti tu peta ker - apa kena mengena dgn PhD ? Jika sekadar nak tahu apa itu Mendeley atau ATLAS.ti pun malas nak “google” ...Lu fikirlah sendiri tahap transformasi mereka ini !!

Lihat apa yang berlaku antara jam 7 – 8 am setiap hujung minggu. Jika ada 100 orang, hanya 5 orang memilih utk berjogging, memilih utk membuat senaman…. sedang 95 lagi memilih utk sambung tidur…. memilih utk tidak berbuat apa2…. dan kemudian pura2 panic bila cholesterol mencanak naik, sedang kesihatan semakin menurun !

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. Mulakan dgn membuat pilihan yang membawa kepada transformasi tersebut. Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan membuat pemilihan bagi diri sendiri…


Sunday, May 4, 2014

Back To Basic

kredit gambar: facebook/fiqri omar

Alhamdulillah.. sudah 12 tahun saya meninggalkan MATRI, iaitu sebuah 'pusat latihan' yang paling bermakna dalam hidup saya. Ya, sepanjang kehidupan pengajian saya dari pra-sekolah (Tadika Islam USM), sekolah rendah (SKSN), sekolah menengah (MATRI), diploma (UTMKL), sarjana muda (UTMJB), sarjana (USM) & sekarang ijazah falsafah kedoktoran (UPM), MATRI adalah tempat yang paling saya ingat & kenang. 

Walaupun pengajian disana hanyalah 5 tahun (tingkatan 1 hingga tingkatan 5), banyak yang saya pelajari termasuklah rohani & jasmani.. "back to basic" .. setiap kali saya 'terbabas' dalam kehidupan seharian saya, saya akan kembali rujuk kepada kehidupan saya di MATRI.. sebagai contoh, disana kehidupan masa saya lebih tersusun.. dari celik mata (subuh) hinggalah saya pejam mata.. aku rindu pada kehidupan aku di MATRI.. terima kasih para pelatih2 (murabbi) aku.. 'pisau yang tidak akan diasah akan tumpul.. ia perlu diasah & ditajamkan.. tetapi jika terlebih asahannya, pisau itu akan patah..'

MATRI... 5 tahun aku berada disana, satu masa yg cukup singkat bagiku...


"We can't always get what we want, but sometimes we get what we need."


 

Wednesday, February 26, 2014

Alhamdulillah Tawaran Geran Bersama Dari UPM


Supply Chain Risk and Performance of Supply Chain Agility among Electrical and Electronic (E&E) Firms in Malaysia, Co-Researcher, 01/01/2014, Geran Penyelidikan Universiti Putra Malaysia (RMC) - GP-IPS, 31/12/2015

Thursday, February 6, 2014

Alhamdulillah, Persidangan ICIDSC @ AIMST Diterima


Alhamdulillah, paper saya yang bertajuk "Agility and Supply Chain Management: Issues and Challenges" diterima untuk dibentangkan di Persidangan International Conference on Innovation Driven Supply Chain 2014 bertempat di AIMST Universiti, Bedong Kedah Darul Aman pada 26-28 Mac 2014. Doakan semuanya berjalan lancar..Insya Allah

Tuesday, January 14, 2014

G-Power - Statistical Power Analysis Program


G*Power is a statistical power analysis program. It is a major extension of, and improvement over, the previous version, covering many different statistical tests of the F, t, chi-square, and z test families as well as some exact tests. G*Power 3 provides improved effect size calculators and graphics options, it supports both a distribution-based and a design-based input mode, and it offers five different types of power analyses. Like its predecessors, G*Power 3 is free.

Thursday, January 9, 2014

Persidangan GIBA 2014 @ Istanbul Turkey

Insya Allah, kalau ada rezeki pada tahun ini, selepas selesai Proposal Defense, saya ingin pergi persidangan di Istanbul Turkey pada bulan Julai.. Insya Allah, sama-sama doakan agar segala yang dirancang, dipermudahkan oleh-Nya..




Sumber: GIBA 2014 Conference

Conference Registration: easychair.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...