Sunday, August 4, 2013

Penerbitan (Publication) Dalam Kajian (Research Study)

gambar hiasan

Apakah itu penerbitan (publication)? Pelajar master & PhD diperlukan menghantar artikel untuk penerbitan iaitu sebagai pra-syarat bergraduasi.. sekurang-kurangnya bertaraf Citation-Indexed Journals iaitu jurnal yang selalunya bertaraf antarabangsa (international) seperti Science Direct, Wiley-Blackwell, Taylor & Francis (boleh rujuk di post saya sebelum ini, DISINI) Antara sebab kenapa perlu kita merujuk & menghantar artikel bertaraf CIJ adalah:
  1. Publisher menyediakan sistem yang agak ketat seperti double blind reviewing, mementingkan content terutamanya dari segi body of knowledge.
  2. Selain itu, jurnal indeks ini mempunyai high impact journals (SCOPUS - managed by Elsevier, Web of Knowledge, ISI Thomson - managed by Thomson-Reuters). Ini bermaksud, jurnal ini mempunyai benchmark yang dinamakan Impact Factor (IF). IF adalah ukuran purata sesuatu artikel itu dirujuk dalam artikel lain.
Bagaimana dengan proceeding? Proceeding lazimnya tidak melalui proses refereeing yang rigorous. Ini kerana panel-panel hanya menilai kesesuaian artikel untuk tema-tema dalam conference sahaja. Namun ada proceeding yang mencapai tahap refereeing seperti journal iaitu terbitan Procedia (Elsevier). Oleh sebab itu, tugas kita sebagai researcher, perlu memastikan semua perkara ini sebelum menghantar artikel..
 
Sumber rujukan: drotspss.blogspot.com 
 
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...