Tuesday, July 30, 2013

Selamat Datang..






Laman Abe's Learning Journey ini diwujudkan untuk berkongsi tentang kajian yang saya minati dan ceburi di dalam bidang penyelidikan yang kebanyakannya menyentuh tentang kajian penyelidikan secara umum dan khusus seperti Pengurusan Operasi, Pengurusan Rantaian Pembekal (supply chain management), Pengurusan Ketangkasan (agility management), Pengurusan Risiko (risk management) dan lain-lain. Kajian-kajian inilah yang mencorakkan sistem aliran sesuatu produk mahupun perkhidmatan yang digunapakai oleh pekerja khususnya di dalam perkhidmatan perkilangan (manufacturing services) dan mewarnai kehidupan manusia secara umumnya. Melalui laman ini, saya dapat membuat perbandingan di antara kajian-kajian yang telah lama wujud dan dipupuk di dalam diri kita dengan apa yang kita amalkan dalam kehidupan harian kita sebagai pekerja. Semoga laman ini akan memberikan manfaat dan sinar baru di dalam kajian yang saya minati ini, insya Allah. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat pandangan yang baik juga dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...